-

PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Nama Botani : Vigna sinensis var. sesquipedalis
Famili : Leguminosase
MKP RENEK
Kacang panjang jenis rendah ini dipercayai berasal dari Filipina dan dibawa masuk ke Selatan
Thailand. Dari situ ia di bawah ke utara negeri Kedah. Penyelidik yang dilakukan oleh Stesen
MARDI Jalan Kebun, dari tahun 1996-1999, kacukan antara kacang panjang jenis memanjat
dengan cowpea (cv. group unguiculata) menghasilkan ‘MKP Renek’. Perbezaan yang ketara
daripada varieti memanjat ialah pertumbuhan yang renek dan pusingan tanaman yang pendek.
PENANAMAN:
MKP sesuai ditanam di kawasan tanah gambut. Bajak tanah dengan kapur (magnesium
limestone) dengan kadar 2.5 mt/ha. Gaulkan baja organik (tahi ayam reput) dengan kadar 2
mt./ha. Biji benih ditanam sedalam 3 cm (2-3 biji selubang) dengan jarak 70 cm x 25 cm dan
jarak antara batas ialah 1.0 m. Ketinggian pokok antara 45 cm – 60 cm.
1 / 12
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
Rabu, 31 Mac 2010 11:55 – Terakhir dikemaskini Khamis, 01 April 2010 06:58
PENGUTIPAN HASIL:
MKP mula berbunga antara 40 hari atau 5-6 minggu selepas menanam. Kelopak bunga
berwarna biru muda dan mengeluarkan kacang antara 25-45 cm panjang dan 0.6-0.8 cm
garispusat. Pengutipan hasil dilakukan sehingga 8-10 minggu bermula dari tempoh menanam,
bergantung kepada kesuburan pokok dan kesesuaian tanah. Kajian mendapati varieti ini boleh
mengeluarkan hasil lebih kurang 130-160 g lenggai / pokok atau 9-111 mt/ha. Anggaran harga
di ladang RM1.50/kg. Analisis ekonomi juga menunjukkan MKP Renek adalah
menguntungkan dan berpotensi luas.
Kawalan Serangga dan Penyakit:
Sembur racun serangga carbaryl untuk mengawal pelombong daun dana racun kulat maneb
untuk mengawal bintik daun.
Kelebihan MKP Renek:
Varieti ini didapati tumbuh dengan baik di kebanyakan tempat yang telah dicuba. Selain
daripada itu, MPK Renek mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk ditanam secara komersil.
Ciri-ciri ini adalah seperti berikut:-
– Pokok yang Renek
Keadaan fizikal yang rendah membolehkan jentera digunakan dalam menanam,
merumpai, membaja, mengawal perosak dan lain-lain aktiviti dalam operasi pengeluaran
di ladang. Pokok ini tidak memerlukan junjung dan ini mengurangkan kos hampir 50%
pengeluaran.
– Pusingan hidup yang pendek
Jangka hayat kacang panjang renek lebih pendek. Pengeluaran lengai tertumpu ke
satu tempat atau synchronous. Lengainya juga lebih pendek daripada jenis biasa. Keadaan
ini mengurangkan risiko serangan penyakit, serangga dan kecederaan akibat alam semula
jadi. Ciri ini juga membolehkan MKP Renek boleh ditanam beberapa kali dalam setahun.
2 / 12
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
Rabu, 31 Mac 2010 11:55 – Terakhir dikemaskini Khamis, 01 April 2010 06:58
– Lenggai yang pendek
Lenggai kacang yang dihasilkan adalah pendek dan ini memudahkan proses pasca
tuai, pembungkusan dan penyimpanan bagi maksud pemasaran.
– Pengeluaran lenggai di bahagian atas kanopi
Ciri-ciri ini membolehkan liputan semburan racun perosak yang baik. Juga
telur-telur serangga pengorek yang mungkin terdapat di permukaan bunga mudah di bawa
air.
Perbezaan kos pengeluaran MKP Renek dan Kacang Panjang
Jenis Memanjat Bagi Sehektar Semusim Pada Tahun 2000
Kos Imput
MKP Renek
Kacang Panjang
Memanjat
Benih : 7 kg (RM40/kg)
Baja dan Kapur
Racun Rumpai
Racun Perosak
Kayu Panjang / Junjung
Pelbagai
RM 280.00
RM1,288.00
RM 40.00
RM 292.00
-
RM 200.00
3 / 12
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
Rabu, 31 Mac 2010 11:55 – Terakhir dikemaskini Khamis, 01 April 2010 06:58
RM 280.00
RM1,288.00
RM 70.00
RM 450.00
RM4,000.00
RM 200.00
Jumlah Kos RM2,100.00
RM6,288.00
Kos Buruh @ RM15.00/orang/hari
Penyediaan Tanah (kontrak)
Penyediaan Batas (kontrak)
Menanam
Menyulam
Memasang Kacyu Pancang
Pengairan
Membaja
Merumput
Meracun
Mengutip Hasil
RM 350.00
RM 225.00
RM 180.00
4 / 12
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
Rabu, 31 Mac 2010 11:55 – Terakhir dikemaskini Khamis, 01 April 2010 06:58
RM 45.00
-
RM 300.00
RM 120.00
RM 80.00
RM 160.00
RM 500.00
RM 350.00
RM 225.00
RM 180.00
RM 45.00
RM 375.00
RM 300.00
RM 120.00
RM 120.00
RM 240.00
RM1, 500.00
Jumlah Kos Buruh
Jumlah Kos Pengeluaran
RM1,960.00
RM4,060.00
RM3,455.00
RM7,743.00
* Kayu Pancang boleh diguna untuk 2 musim
5 / 12
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
Rabu, 31 Mac 2010 11:55 – Terakhir dikemaskini Khamis, 01 April 2010 06:58
Bekalan Biji Benih
Biji benih kacang panjang renek boleh dibeli di Stesen MARDI Jalan Kebun, Klang dan Pusat
Penyelidikan Hortikultur, Ibu Pejabat MARDI di Serdang, Selangor
KACANG PANJANG (jenis memanjat)
Sejenis tanaman menjalar, daun jenis trifoliate, pendebungaan sendiri dan bunganya berwarna
putih krim ke ungu. Biji berwarna putih, hitam atau kemerahan. Lenggai berukuran 30-75 sm.
Mengeluarkan bunga antara 35-40 hari selepas menyemai. Lenggai boleh dipetik apabila
berukur 7-10 hari selepas berbunga. Lenggai berwarna hijau atau hijau tua bergantung kepada
kultivar. Zon akarnya adalah sedalam 90-120 sm.
Varieti:
– MPK 5
Kultivar MARDI. Lenggai sederhana panjang iaitu 50-65 sm, berwarna hijau. Hasil
pertamanya ialah 7 minggu selepas ditanam dan tidak tahan disimpan lama. Hasilnya
adalah 18-24 tan/hektar.
– KP 1 (YB 902)
Berasal dari Taiwan. Lenggainya adalah sepanjang 50-70 sm, berwarna hijau muda
dan hasil pertamanya diperolehi 42 hari selepas menanam dan tidak tahan disimpan lama.
Hasilnya ialah 15-20 tan/hektar.
PENANAMAN:
1. Di Ladang:
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 cm ke 22 cm (6 ke 9 inci) supaya
pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 12 m (4 kaki) lebar, 25 cm (10 inci) tinggi
6 / 12
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
Rabu, 31 Mac 2010 11:55 – Terakhir dikemaskini Khamis, 01 April 2010 06:58
dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 60 cm (2 kaki)
sm antara baris dan 50 sm antara pokok (kepadatan pokok 20,000 sehektar).
Biji benih kacang panjang sebanyak 7.0 kg ditanam terus ke atas batas. Tiga biji
benih ditanam dalam setiap lubang dan apabila bercambah, hanya satu pokok yang sihat
disimpan setiap lubang.
2. Dalam Pasu dan Bekas Lain:
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam
dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari
permukaan pasu. Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 cm (1 inci). Selepas 2 minggu ditanam
tinggalkan satu pokok sahaja datu satu pasu.
Membuat Junjung / Penyokong
Pokok kacang panjang memerlukan junjung untuk memanjat. Junjung / penyokong yang
dibuat daripada kayu atau sistem para-para dawai (sistem trellis) perlu disediakan 2 minggu
selepas menanam.
Di Ladang: Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu
pancang berukuran m (6.5 kaki). Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan
ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan
anak-anak pokok meliliti kayu sokongan.
Dalam Pasu/Bekas Lain: Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak
pokok meliliti kayu sokongan. Tabur 1 sudu teh (5 kg) baja NPK Blue Special (12:12:17:2)
sepasu setiap minggu.
Pembajaan: Kadar pembajara yang disyorkan untuk kacang panjang ialah:-
Pusingan
7 / 12
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
Rabu, 31 Mac 2010 11:55 – Terakhir dikemaskini Khamis, 01 April 2010 06:58
Masa
Jenis Baja
Kadar/Batas
Kadar/Hektar
1
2
3
4
Sebelum
2 minggu
4 minggu
6 minggu
Baja organan
NPK 15:15:15
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
6 kg
150 g
450 g
600 g
4 tan
8 / 12
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
Rabu, 31 Mac 2010 11:55 – Terakhir dikemaskini Khamis, 01 April 2010 06:58
100 kg
300 kg
400 kg
Pengairan
Kacang panjang memerlukan air yang cukup untuk hidup subur dan mengeluarkan hasil yang
tinggi. Penyiraman perlu dilakukan 1-2 kali sehali kecuali pada hari hujan, secara manual atau
sistem pengairan.
Kawalan Rumpai
Pengawalan rumpai akan menentukan penghasilan yang tinggi. Racun herba pracambah.
Alachlor disembur pada kadar 4 liter/hektar atas batas, 1-2 hari selepas menanam. Biasanya
satu pusingan merumput secara manual adalah perlu selepas ini. Rumpai di keliling batas
boleh dikawal dengan menyembur racun paraquat. Sungkupan plastik boleh juga digunakan
untuk mencegah tumbuhan rumpai. Sungkupan plastik adalah mahal, tetapi boleh digunakan
untuk musim.
Kawalan Serangga/Penyakit
Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman kacang panjang adalah
seperti berikut:-
– Lalat Kacang (Ophiomyia phaseoli)
Sembur racun Fenthion (Lebaycid), jika perlu.
– Ulat Pengorek Lenggai (Maruca testulalis)
Sembur racun Deltamethrin (Decisa), jika perlu
– Kutu Daun/Kutu Hunga (aphid sp./Thrips)
Sembur racun Bendiocarp (Garvox).
– Antraknos Kekacang (Colletotrichum lindemuthiamum)
Sembur racun kulat Mancozeb (Manzate).
– Karat (Uromyces appendiculatus)
Sembur racun Maneb atau Copper oxychloride.
– Penyakit Virus
9 / 12
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
Rabu, 31 Mac 2010 11:55 – Terakhir dikemaskini Khamis, 01 April 2010 06:58
Amalkan tanaman giliran. Semburkan racun Deltamethrin (Decos) utnuk mengawal
aphids.
Pengutipan Hasil
Di Ladang – Hasil kacang panjang boleh mula dikdutip kira-kira 6 minggu selepas menanam.
Pungutan dibuat apabila biji terbentuk tetapi belum begitu jelas dilihat pada buah. Kacang
panjang dipungut tiap-tiap 3-4 hari selama lebih kurang 4-5 minggu. Hasil adalah diantara
12-24 tan/hektar dna hasil purata adalah 16 tan/hektar.
Dalam Pasu/Bekas Lain – Anggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.
Pengendalian Lepas Tuai Kacang Panjang
Spesifikasi Piawaian dan Gred Kacang Panjang
– Indeks 1
Tidak matang. Kacang panjang berkenaan belum mencapai tahap kematangan
sebagaimana ciri varietinya dan kelihatan masih terdapat kelopak bunga pada bahagian
hujung serta saiznya agak kecil. Tidak sesuai untuk dipasarkan. Kulit kacang panjang
berkenaan berwarna hijau pekat.
– Indeks 2
Cukup matang. Kacang panjang berkenaan telah mencapai tahap kematangan
sebagaimana ciri varietinya di mana lebih daripada dua pertiga kacang tersebut
mengandungi biji dan saiznya sederhana besar serta sesuai untuk dipasarkan. Kulit kacang
panjang berkenaan berwarna hijau.
– Indeks 3
Terlalu matang. Kacang panjang berkenaan dikedudukan penghujung jangkahayat
kesegaran. Tidak digalakkan untuk dipasarkan. Kulit kacang panjang berkenaan berwarna
hijau kekuningan atau keputihan .
10 / 12
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
Rabu, 31 Mac 2010 11:55 – Terakhir dikemaskini Khamis, 01 April 2010 06:58
Pengelasan Gred dan Saiz
Gred
Ketentuan
Kelonggaran (% maksimum)
1
Jenis yang sama
Warna segaram
Tidak Segar
Cacat. kotor, rosak
Saiz yang seram (panjang > 50 cm)
Tiada
5
5
15
5
2
Jenis yang sama
Warna segaram
11 / 12
PANDUAN MENANAM KACANG PANJANG
Ditulis oleh Admin Editor3
Rabu, 31 Mac 2010 11:55 – Terakhir dikemaskini Khamis, 01 April 2010 06:58
Tidak Segar
Cacat. kotor, rosak
Saiz yang seram (panjang

0 komen:

Posting Komentar

ayo ramaikan room ini !!!!