-

PANDUAN MENANAM KANGKUNG
PENYEDIAAN TANAH
Tanah perlu dibajak dan digembur dua kali sedalam 15-20 cm. Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m
panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan. Alur dibuat merintangi batas denagn jarak 20cm dan sedalam 3cm untuk
menabur benih.
MENANAM
Biji benih kangkung boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 46 g biji benig sebatas (30 kg biji benih sehektar)
ditabur jarang-jarang ke dalam alur-alur. Selepas 10 – 14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang di syorkan,
iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.
PEMBAJAAN
Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang
disyorkan adalah seperti berikut:-
3 3 minggu NPK 15:15:15 0.5 kg 0.25 tan
2 2 minggu NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan
1 Sebelum menanam Baja Organan 6 kg 4 tan
Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Batas (7.5m x 1.2m) Kadar/ha
PENGAIRAN
Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas,
secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.
KAWALAN RUMPAI
Kawalan rumpai dilakukan secara manual dengan kadar dua kali sepanjang umur pokok. Racun glufosinate ammonium
bolah digunakan di keliling batas dan parit.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Kangkung jarang diserang oleh serangga. Penyakit utama yang menyerang adalah:-
Karat Putih (Albugo pomoeae aquaticae) – Amalkan tanaman giliran. Sembur racun mancozeb.
PENGUTIPAN HASIL
Kangkung boleh dipungut hasilnya 30 hari selepas ditanam. Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air.
Pengeluaran hasil adalah di antara 10-15 tan/ha. Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan/ha.
KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA
Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan aktif.
Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.
PENUAIAN
Di Ladang
Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali
dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata
antara RM 4 – RM 6 /kg
Dalam Pasu dan Bekas
Anggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.

0 komen:

Posting Komentar

ayo ramaikan room ini !!!!